
SYAQISMARSYA CREATIVE (IP0358276-T)
make lovely crafts for you



SYAQISMARSYA CREATIVE merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran IP0358276-T pada 22hb November 2011 dan tertakluk di bawah akta perniagaan 1956.
Penghasilan kraf buatan tangan berasaskan fabrik dan jahitan adalah bidang utama yang diusahakan oleh SYAQISMARSYA CREATIVE dengan memperdagangkan jenama SYAQIS CRAFT sebagai hasil produk kraf. Pelbagai produk kraf yang dihasilkan oleh perniagaan ini termasuklah beg, pakaian, bantal, perhiasan serta cenderamata seperti rantai kunci dan kad ucapan.
Di samping memasarkan hasil-hasil produk kraf sendiri, SYAQIS CRAFT juga bertindak sebagai pembekal bahan-bahan, peralatan serta aksesori keperluan kraf bagi menyediakan keperluan penggiat kraf lain. Kami juga sedia berkongsi ilmu dengan mengendalikan bengkel serta kelas kraf bagi menggalakkan lebih ramai individu menceburi bidang kraf ini samada hanya sebagai hobi mahupun secara sepenuh masa bagi menjana ekonomi dan pendapatan tambahan.
Objektif utama perniagaan ini ialah mengembangkan industri kraftangan dan hasil seni yang mempunyai nilai kreativiti tersendiri seiring dengan aliran trend semasa serta dapat memenuhi permintaan pelanggan.
SYAQISMARSYA CREATIVE
